Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Tuesday 10 May 2011

Budaya: Bab 1 Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia



Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

1)    Pengertian Budaya
         E.B.Tylor-  keseluruhan yang kompleks yang mengandungi  ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan.
         Bourdieu- proses sosial di mana budaya dan struktur sosial saling berinteraksi.
         L.A. White- satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat), idea, sentimen (nilai) bergantung kepada simbol-simbol.
         Kroeber & Kluckohn- entiti yang mengandungi pola implisit dan eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui simbol dan mengambil bentuk metarial.
Rumusannya:
         Pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya.
         Warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang diwarisi.
         Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

2)    Budaya Sekolah
·      Budaya sekolah sebahagian budaya masyarakat.
·      Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki masyarakat.

3)    Komponan Budaya Sekolah
·         Pendidikan nilai- merangkumi nilai material an bukan material ala Malaysia.
·         Budaya formal;kurikulum dan ko-kurikulum.
·         Status sekolah;berasrama penuh dan sekolah harian

4)    Pola Dalam Budaya
·         Wajib- mempunyai satu cara untuk melakukannya.
·         Preferred- (lebih digemari)- ada beberapa melakukannya tetapi satu daripadanya lebih digemari.
·         Tipikal- ada beberapa cara melakukannya tetapi tidak satupun digemari tetapi satu daripadanya lebih kerap dilakukan.
·         Alternatif – ada beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari.
·         Terhad- cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu sahaja


6)Unsur-unsur Dalam Budaya
         Peralatan & kelengkapan
         Sistem ekonomi
         Sistem kemasyarakatan
         Bahasa
         Kesenian
         Sistem pengetahuan
         Kepercayaaan
         Kerajaan

7) Ciri-ciri Utama Budaya di Malaysia
         Keseluruhan mengandungi unsur budaya rakyat asal.
         Lambang dan institusi kebangsaan
         Hasil ciptaan nasional- kepercayaan, pemkiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusteraaan dan cara hidup.
         Unsur asing termasuk kauman atau sukuan yang sesuai dan tidak bercanggah.
         Kepunyaan bersama rakyat, menjadi sumber identifikasi/kekitaan.

8) Kepelbagaian Kelompok
         Lokasi
         Pekerjaan
         Pendidikan
         Ekonomi
         Sosial
         Keturunan
         Kuasa politik
         Bangsa
         Bahasa
         Adat resam
         Kepercayaan
         Jantina

No comments:

Post a Comment